Salam Aidil Fitri

Selamat Menyambut Ramadhan Karim

09 July 2021

SUBJEK DAN PREDIKAT DALAM AYAT

 




Video Pembelajaran
NOTA

Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.

Predikat merupakan kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

Contoh ayat;

  1. Petani itu membajak sawahnya setiap hari.
Subjek             : Petani itu
Predikat           : membajak sawahnya setiap hari

  1. Samsul menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.
Subjek             : Samsul
Predikat           : menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.

  1. Anak Pak Hashim yang tampan itu menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar.
Subjek             : Anak Pak Hashim yang tampan itu
Predikat           : menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar.

  1. Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok.
Subjek             : Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul
Predikat           : terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok




(Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka)

02 July 2021

Teknik IMBaKUP dalam Menghuraikan Isi Karangan


TEKNIK IMBaKUP

Terdapat pelbagai cara atau teknik yang boleh digunakan dalam menulis perenggan isi karangan. Antaranya ialah menggunakan teknik IMBaKUP. 

Berikut merupakan keterangan bagi teknik IMBaKUP :



CONTOH TEKNIK IMBaKUP

TAJUK: Peranan ibu bapa untuk menangani gejala sosial

Isi: 

- memberikan didikan agama

Mengapa: 

1. menjadi benteng pertahanan diri yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir negatif yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi

2. panduan hidup yang berkesan daripada terjerumus ke lembah kehinaan


Bagaimana:   

1. mendidik sejak kecil lagi amal makruf nahi mungkar - melentur buluh biar dari rebungnya


Kesan: 

1. takut balasan Tuhan - tidak terlibat dalam gejala sosial

2. dapat melahirkan modal insan yang beriman dan berakhlak mulia


Ungkapan Menarik: 

Albert Eistein, “Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan lumpuh.” 

Penegasan: 

Didikan agama yang mantap merupakan elemen /wahana/wadah yang berkesan untuk mengekang gejala sosial daripada meruncing.


Contoh perenggan isi yang lengkap


        Peranan yang signifikan untuk menangani gejala sosial pada hari ini ialah ibu bapa perlulah memberikan didikan agama yang teguh kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana agama merupakan benteng pertahanan diri yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir negatif yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi. Dengan adanya didikan agama, ia dapat menghindari anak-anak daripada terjerumus ke lembah kehinaan seperti vandalisme, gengsterisme, merempit, ponteng sekolah dan sebagainya.  Oleh itu, ibu bapa perlulah memberikan didikan agama sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ini, mereka akan sentiasa melakukan amal makruf nahi mungkar.  Sebagai kesan, anak-anak yang memiliki didikan agama yang mantap akan berasa takut akan balasan Tuhan lalu tidak terlibat dalam gejala sosial yang akan merosakkan masa depan mereka. Secara implisitnya, usaha kerajaan untuk modal insan yang beriman dan berakhlak mulia dapat dilahirkan serta gejala sosial dapat ditangani. Benarlah kata Albert Eistein, “Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan lumpuh.” Jelaslah bahawa, didikan agama yang mantap merupakan antara wahana yang berkesan untuk mengekang gejala sosial daripada meruncing.


PENANDA WACANA ISI DAN PERKEMBANGANNYA


1.      Isi pertama:(I)

-          Salah satu langkah yang signifikan ialah ...

-          Salah satu punca yang memangkin kepada masalah ini ialah


2.      Isi yang seterusnya:

-          Selain itu,

-          Jika kita lihat / tinjau / kaji dari sudut / dimensi / perspektif yang berbeza, …

-          Seperkara lagi,

-          Pada masa yang sama,

-          Meninjau dari skop yang lebih luas,

-          Dari kaca mata yang lain,

-          Di samping itu,

-          Sementara itu,

-          Lebih-lebih lagi,

-          Seperkara lagi,


3.      Penanda wacana Mengapa (M)

-          Hal ini dikatakan / berlaku demikian kerana

-          Hal ini berlaku / terjadi kerana

-          Hal ini disebabkan oleh

-          Hal ini wujud akibat daripada

-          Hal ini bersangkut-paut dengan

-          Hal ini berpunca daripada

-          Hal ini tercetus apabila

-          Hal ini timbul apabila

-          Dalam konteks / hal ini

* * * ‘Hal’ boleh ditukarkan kepada senario / situasi / kemelut / masalah / fenomena

4.      Penanda wacana Bagaimana (Ba)

-          Dalam hal ini...

-          Dengan berbuat demikian...

-          Dengan itu,

-          Oleh sebab itu,

-          Dengan demikian,

-          Oleh hal demikian

-          Oleh yang demikian,

5.      Penanda wacana CONTOH:

-          Tamsilnya,

-          Buktinya,

-          Hal ini dapat kita lihat

-          Misalannya,

-          Contohnya / Sebagai contoh,

-          Misalnya,

-          Biar kita lihat/ Biar kita ambil contoh

-          Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah

-          Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah


6.      Penanda wacana KESAN (K)

-          Sehubungan dengan itu,

-          Ekoran daripada peristiwa / isu itu,

-          Rentetan daripada hal itu,

-          Lanjutan daripada ....,

-          Implikasinya / impaknya,

-          Kesannya,

-          Natijahnya,... (kesan negatif sahaja)


7.      Penanda memulakan atau memasukkan PERIBAHASA/UNGKAPAN (U)

-          bak / persis kata peribahasa, .......

-          bak / persis kata peribahasa Melayu, ............

-          bak / persis kata orang tua-tua, ...........

-          bak / persis kata mutiara, .........

-          bak / persis kata peribahasa, ............

-          bak / persis kata cendekiawan, .............

-          Hal ini sama dengan peribahasa ..........

-          Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......

-          Fenomena ini dikatakan

-          Masalah ini sama dengan peribahasa ...........


8.      Penanda wacana PENEGASAN (P)

-          Ringkasnya

-          Tegasnya,

-          Izharlah bahawa

-          Sesungguhnya,

-          Pendek kata,

-          Jadi, 

-     Oleh itu,

Teknik Mengarang - Karangan PT3


T

ASPEK-ASPEK PENTING TENTANG KARANGAN:

1.     RANGKA KARANGAN:

PENDAHULUAN            : 1 Perenggan : 30 Perkataan

ISI                                   : 4 Isi : 4 Perenggan : 4X30 : 120 Perkataan

PENUTUP                      : 1 Perenggan  : 30 Perkataan

2.     BENTUK PERENGGAN:

JENIS AYAT
PENDAHULUAN
ISI
PENUTUP
Ayat Topik
Tema
Kehendak  Soalan
1 /  2/ 3 / 4
Merumus
 Kehendak Soalan
Ayat Huraian
Huraian Tema
Huraian
Kehendak Soalan
Ulasan Tema
Ayat Contoh
Bukti Huraian Tema
Bukti
Kehendak Soalan
Cadangan
Ayat  Rumus
Kehendak  Soalan

Menegaskan Kehendak Soalan
Harapan

3.     ASPEK SOALAN:

a.     Punca: Faktor / Sebab / Apa / Mengapa
b.    Langkah Mengatasi: Cara / Strategi / Teknik  /  Bagaimana / Usaha
c.     Kesan: Impak / implikasi / Kebaikan / Kepentingan / Kelebihan /Keburukan


1.     Teknik Menganalisis Soalan Karangan:

1.1  Baca ketiga-tiga soalan dengan teliti, kemudian pilih satu soalan.
1.2  Baca soalan yang dipilih dengan teliti. Kemudian gariskan kata-kata kunci:
Tema (T) / Kehendak Soalan (KS) / Format Karangan (F) /Kepanjangan Karangan (P)



Contoh:

Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja semakin meluas.

Huraikan kesan buruk penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja.

Tema                    : PenggunaanTelefon Bimbit
Kehendak soalan : Kesan buruk Penggunaan  
Format Karangan : Karangan Fakta



  Teknik Menulis Perenggan Pendahuluan.

Ayat Topik
Penggunaan internet sangat meluas secara global
Ayat Huraian
Fungsinya semakin hari semakin canggih
Ayat Contoh
melayari internet, mendengar muzik,kamera
Ayat Rumus
Namun turut memberi kesan buruk

          Pada zaman digital ini, penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global bagai cendawan tumbuh selepas hujan.  Telefon bimbit bukan lagi sebagai alat perhubungan malah mempunyai pelbagai fungsi yang semakin hari semakin canggih Antaranya, kita boleh melayari internet, mendengar muzik,kamera dan sebagainya. Hal ini banyak membawa kebaikan kepada masyarakat zaman sekarang. Walau bagaimanapun, penggunaan telefon bimbit secara tidak terkawal khusunya dalam kalangan remaja pasti akan  memberi kesan yang buruk.










29 April 2021

Latihan Ulasan

 Latihan Ulasan




27 April 2021

KATA KERJA

 


Video Pembelajaran


KATA KERJA

1. Kata kerja ialah sesuatu perkataan yang menunjukkan perbuatan manusia dan haiwan.

2. Kata kerja terbahagi kepada dua, iaitu :

a.       Kata Kerja Transitif

b.      Kata Kerja Tak Transitif


Kata Kerja Transitif

1. Kata kerja transitif terdiri daripada tiga unsur, iaitu pelaku, perbuatan, dan objek.

2. Pelaku terdiri daripada frasa nama manakala perbuatan ialah kata kerja dan objek pula ialah frasa nama.

 

Pelaku
(Kata Nama)

Perbuatan
(Kata Kerja)

Objek
(Frasa Nama)

Samsiah

memasak

nasi.

Ibu

membasuh

pinggan.

Pengetua

Menyampaikan

ucapan.

3. Ayat yang mengandungi kata kerja transitif dapat dipasifkan dengan mengedepankan objek.


Kata Kerja Tak Transitif

1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut selepas kata kerja itu.  Walau bagaimanapun, kata ini boleh disertakan unsur keterangan.

2. Kata kerja ini dapat berdiri sendiri. Lihat contoh di bawah ini :

 

Pelaku
(Kata Nama)

Perbuatan
(Kata Kerja)

Unsur Keterangan

Adik

menangis.

 

Air sungai

mengalir

deras.

Dia

membisu

sejak tadi.

 3. Terdapat dua golongan kata kerja tak transitif, iaitu:


a.       Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap

b.      Kata kerja tak transitif berpelengkap

4. Kata kerja tak transitif tak berpelengkap dapat berdiri sendiri dan tidak memerlukan objek sebagai pelengkap. Kebiasaannya, kata kerja berada di hujung ayat. Contohnya :

a.       Bangunan itu roboh.

b.      Adik terjatuh.

c.       Jalur Gemilang berkibar.

5. Kata kerja tak transitif berpelengkap memerlukan pelengkap supaya ayat menjadi sempurna. Contohnya :

a.       Air sungai beransur surut.

b.      Restoran berkonsepkan layan diri.

c.       Kehidupannya menjadi semakin senang.

 

Kata Kerja Pasif

1. Kata kerja pasif terbentuk daripada kata kerja transitif yang mengalami proses pemasifan, iaitu mengedepankan objek dan mengebelakangkan kata kerja dan pelaku.

2. Terdapat dua bentuk kata kerja pasif, iaitu:

a.       Kata kerja pasif diri pertama serta kata kerja pasif diri kedua




b.      Kata kerja pasif diri ketiga
 






*Kredit Video :
Amirah Afiqah : https://www.youtube.com/watch?v=rH4x7vpgSwE








22 April 2021

Latihan Ulasan

Contoh Ulasan

Berdasarkan contoh gambar rajah  Model 5 di bawah ini, sila amati dan fahami bagaimana untuk membina rangka ulasan berdasarkan gambar rajah yang diberi. 

Kemudian baca ulasan lengkap dengan teliti. Fahami cara untuk membina ulasana yang lengkap berdasarkan rangka ulasan yang telah dibuat.





Latihan

Arahan Soalan :
Berdasarkan gambar rajah di bawah ini, sila lengkapkan Isi Tersirat berdasarkan ulasan lengkap yang disediakan. Buat dalam buku karangan anda.







21 April 2021

Panduan Menulis Ulasan PT3

 


Video Penerangan Tentang Ulasan PT3






Contoh Ulasan:







*Kerdit Video: https://www.youtube.com/watch?v=LUkuqY_aaEw
*Bahan : https://www.tchercollection.com/







12 April 2021

KATA ADJEKTIF

 

KATA ADJEKTIF


Video Pembelajaran

Nota Kata Adjektif

1. Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat, rupa bentuk, atau keadaan sesuatu kata nama.

2. Terdapat sekurang-kurangnya sembilan jenis kata adjektif :

Jenis Kata Adjektif

Contoh

Kata adjektif sifat/ keadaan

pandai, cerdik, bijak, gopoh, kuat, lemah, sibuk, sakit, tenang

Kata adjektif warna

biru, hitam, hijau, kekuningan, kelabu, jingga, perang

Kata adjektif ukuran

luas, panjang, pendek, tinggi, rendah

Kata adjektif bentuk

bulat, bujur, cembung, segi tiga, segi empat, lonjong

Kata adjektif waktu

lewat, awal, lambat, spontan, segera, baru

Kata adjektif cara

deras, cepat, perlahan, lembap, laju

Kata adjektif perasaan

sayang, rindu, marah, geram, simpati,sedih, kasihan, dendam

Kata adjektif jarak

jauh, dekat, hampir

Kata adjektif pancaindera  (pandang, dengar, bau, sentuh dan rasa )

tawar, manis, masin, cantik, kemas, nyaring, merdu, harum, busuk, kasar, licin


3. Kata adjektif boleh dikenal pasti apabila sesuatu kata itu boleh menerima kata penguat.  Kata penguat ada tiga jenis, iaitu kata penguat hadapan  yang hadir sebelum kata adjektif, kata penguat belakang yang hadir selepas kata adjektif, dan penguat bebas yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

Kata Penguat Hadapan

Kata Penguat Belakang

Kata Penguat Bebas

terlalu, paling, agak, begitu

sekali, benar, nian, betul

amat, sangat, sungguh

Contoh ayat:

·         Pokok di belakang rumah Rahman terlalu rendang.

·         Masakan ibunya paling sedap.

·         Lukisan itu agak cantik.

Contoh ayat:

·        Kelakuan budak-budak itu nakal sekali.

·        Rumah di atas bukit itu cantik betul.

·        Pemandangan di situ indah nian.

Contoh ayat:

·       Pakaian pemuda itu amat kemas.

·       Pakaian pemuda itu kemas amat.

·       Sungai itu dalam sangat.

·       Sungai itu sangat dalam.



Pembentukan Kata Adjektif

Dalam pembentukan kata adjektif, ia terbahagi kepada empat jenis iaitu :

Jenis Kata Adjektif

Contoh

Kata adjektif tunggal

baik, jahat, sombong, rajin, sabar, tekun, aktif

Kata adjektif terbitan

terkenal, terpanjang, sepandai, setinggi, termuda

Kata adjektif ganda

Gandaan penuh

besar-besar, baik-baik, hitam-hitam, masam-masam, pandai-pandai

Gandaan Separa

kecil-kecilan, takut-takutan, gila-gilaan

Gandaan Berentak

kacau-bilau, kusut-masai, kucar-kacir, riuh-rendah, simpang-siur

Kata adjektif majmuk

hijau daun, biru laut, kuning langsat, merah jambu, terang hati, rabun jauh


*Kredit Video 

Cikgu Zuras : https://www.youtube.com/watch?v=luRrF3Zql9U