29 April 2021
27 April 2021
KATA KERJA
Video Pembelajaran
KATA KERJA
1. Kata kerja ialah sesuatu perkataan yang
menunjukkan perbuatan manusia dan haiwan.
2. Kata kerja terbahagi kepada dua, iaitu :
a.
Kata Kerja Transitif
b. Kata Kerja Tak Transitif
Kata Kerja Transitif
1. Kata kerja transitif terdiri daripada tiga
unsur, iaitu pelaku, perbuatan, dan objek.
2. Pelaku terdiri daripada frasa nama manakala
perbuatan ialah kata kerja dan objek pula ialah frasa nama.
Pelaku |
Perbuatan |
Objek |
Samsiah |
memasak |
nasi. |
Ibu |
membasuh |
pinggan. |
Pengetua |
Menyampaikan |
ucapan. |
3. Ayat yang mengandungi kata kerja transitif dapat dipasifkan dengan mengedepankan objek.
Kata Kerja Tak
Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja
yang tidak memerlukan penyambut selepas kata kerja itu. Walau bagaimanapun, kata
ini boleh disertakan unsur keterangan.
2. Kata kerja ini dapat berdiri sendiri. Lihat
contoh di bawah ini :
Pelaku |
Perbuatan |
Unsur Keterangan |
Adik |
menangis. |
|
Air sungai |
mengalir |
deras. |
Dia |
membisu |
sejak tadi. |
a.
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
b.
Kata kerja tak transitif berpelengkap
4. Kata kerja tak transitif tak berpelengkap dapat berdiri sendiri dan tidak memerlukan objek sebagai pelengkap. Kebiasaannya, kata kerja berada di hujung ayat. Contohnya :
a.
Bangunan itu roboh.
b.
Adik terjatuh.
c.
Jalur Gemilang berkibar.
5. Kata kerja tak transitif
berpelengkap memerlukan pelengkap supaya ayat menjadi sempurna. Contohnya :
a.
Air sungai beransur surut.
b.
Restoran berkonsepkan layan diri.
c.
Kehidupannya menjadi semakin senang.
Kata Kerja Pasif
1. Kata kerja pasif terbentuk daripada kata kerja transitif
yang mengalami proses pemasifan, iaitu mengedepankan objek dan mengebelakangkan
kata kerja dan pelaku.
2. Terdapat dua bentuk kata kerja pasif, iaitu:
a. Kata kerja pasif diri pertama serta kata kerja pasif diri kedua
b. Kata kerja pasif diri ketiga
*Kredit Video :
Amirah Afiqah : https://www.youtube.com/watch?v=rH4x7vpgSwE
22 April 2021
Latihan Ulasan
Contoh Ulasan
Berdasarkan contoh gambar rajah Model 5 di bawah ini, sila amati dan fahami bagaimana untuk membina rangka ulasan berdasarkan gambar rajah yang diberi.
Kemudian baca ulasan lengkap dengan teliti. Fahami cara untuk membina ulasana yang lengkap berdasarkan rangka ulasan yang telah dibuat.
21 April 2021
Panduan Menulis Ulasan PT3
Video Penerangan Tentang Ulasan PT3
12 April 2021
KATA ADJEKTIF
Video Pembelajaran
1. Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat, rupa bentuk, atau keadaan sesuatu kata nama.
2. Terdapat sekurang-kurangnya sembilan jenis kata adjektif :
Jenis Kata
Adjektif |
Contoh |
Kata adjektif sifat/ keadaan |
pandai, cerdik, bijak, gopoh, kuat, lemah, sibuk,
sakit, tenang |
Kata adjektif warna |
biru, hitam, hijau, kekuningan, kelabu, jingga,
perang |
Kata adjektif ukuran |
luas, panjang, pendek, tinggi, rendah |
Kata adjektif bentuk |
bulat, bujur, cembung, segi tiga, segi empat,
lonjong |
Kata adjektif waktu |
lewat, awal, lambat, spontan, segera, baru |
Kata adjektif cara |
deras, cepat, perlahan, lembap, laju |
Kata adjektif perasaan |
sayang, rindu, marah, geram, simpati,sedih, kasihan,
dendam |
Kata adjektif jarak |
jauh, dekat, hampir |
Kata adjektif pancaindera (pandang, dengar, bau, sentuh dan rasa ) |
tawar, manis, masin, cantik, kemas, nyaring, merdu,
harum, busuk, kasar, licin |
3. Kata adjektif boleh dikenal pasti apabila sesuatu kata itu boleh menerima kata penguat. Kata penguat ada tiga jenis, iaitu kata penguat hadapan yang hadir sebelum kata adjektif, kata penguat belakang yang hadir selepas kata adjektif, dan penguat bebas yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Kata Penguat Hadapan |
Kata Penguat Belakang |
Kata Penguat Bebas |
terlalu, paling, agak,
begitu |
sekali, benar, nian,
betul |
amat, sangat, sungguh |
Contoh ayat: ·
Pokok di belakang rumah Rahman terlalu
rendang. ·
Masakan ibunya paling
sedap. ·
Lukisan itu agak cantik. |
Contoh ayat: ·
Kelakuan budak-budak itu nakal sekali. ·
Rumah di atas bukit itu cantik betul. ·
Pemandangan di situ indah nian. |
Contoh ayat: ·
Pakaian pemuda itu amat
kemas. ·
Pakaian pemuda itu kemas amat. ·
Sungai itu dalam sangat. ·
Sungai itu sangat dalam. |
Pembentukan Kata Adjektif
Dalam pembentukan kata adjektif, ia terbahagi kepada empat jenis iaitu :
Jenis Kata
Adjektif |
Contoh |
Kata adjektif tunggal |
baik, jahat, sombong, rajin, sabar, tekun, aktif |
Kata adjektif terbitan |
terkenal, terpanjang, sepandai, setinggi, termuda |
Kata adjektif ganda |
Gandaan penuh besar-besar, baik-baik, hitam-hitam, masam-masam, pandai-pandai Gandaan Separa kecil-kecilan, takut-takutan, gila-gilaan Gandaan Berentak kacau-bilau, kusut-masai, kucar-kacir, riuh-rendah, simpang-siur |
Kata adjektif majmuk |
hijau daun, biru laut, kuning langsat, merah jambu, terang hati, rabun
jauh |
*Kredit Video
Cikgu Zuras : https://www.youtube.com/watch?v=luRrF3Zql9U