12 April 2021

KATA ADJEKTIF

 

KATA ADJEKTIF


Video Pembelajaran

Nota Kata Adjektif

1. Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat, rupa bentuk, atau keadaan sesuatu kata nama.

2. Terdapat sekurang-kurangnya sembilan jenis kata adjektif :

Jenis Kata Adjektif

Contoh

Kata adjektif sifat/ keadaan

pandai, cerdik, bijak, gopoh, kuat, lemah, sibuk, sakit, tenang

Kata adjektif warna

biru, hitam, hijau, kekuningan, kelabu, jingga, perang

Kata adjektif ukuran

luas, panjang, pendek, tinggi, rendah

Kata adjektif bentuk

bulat, bujur, cembung, segi tiga, segi empat, lonjong

Kata adjektif waktu

lewat, awal, lambat, spontan, segera, baru

Kata adjektif cara

deras, cepat, perlahan, lembap, laju

Kata adjektif perasaan

sayang, rindu, marah, geram, simpati,sedih, kasihan, dendam

Kata adjektif jarak

jauh, dekat, hampir

Kata adjektif pancaindera  (pandang, dengar, bau, sentuh dan rasa )

tawar, manis, masin, cantik, kemas, nyaring, merdu, harum, busuk, kasar, licin


3. Kata adjektif boleh dikenal pasti apabila sesuatu kata itu boleh menerima kata penguat.  Kata penguat ada tiga jenis, iaitu kata penguat hadapan  yang hadir sebelum kata adjektif, kata penguat belakang yang hadir selepas kata adjektif, dan penguat bebas yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

Kata Penguat Hadapan

Kata Penguat Belakang

Kata Penguat Bebas

terlalu, paling, agak, begitu

sekali, benar, nian, betul

amat, sangat, sungguh

Contoh ayat:

·         Pokok di belakang rumah Rahman terlalu rendang.

·         Masakan ibunya paling sedap.

·         Lukisan itu agak cantik.

Contoh ayat:

·        Kelakuan budak-budak itu nakal sekali.

·        Rumah di atas bukit itu cantik betul.

·        Pemandangan di situ indah nian.

Contoh ayat:

·       Pakaian pemuda itu amat kemas.

·       Pakaian pemuda itu kemas amat.

·       Sungai itu dalam sangat.

·       Sungai itu sangat dalam.



Pembentukan Kata Adjektif

Dalam pembentukan kata adjektif, ia terbahagi kepada empat jenis iaitu :

Jenis Kata Adjektif

Contoh

Kata adjektif tunggal

baik, jahat, sombong, rajin, sabar, tekun, aktif

Kata adjektif terbitan

terkenal, terpanjang, sepandai, setinggi, termuda

Kata adjektif ganda

Gandaan penuh

besar-besar, baik-baik, hitam-hitam, masam-masam, pandai-pandai

Gandaan Separa

kecil-kecilan, takut-takutan, gila-gilaan

Gandaan Berentak

kacau-bilau, kusut-masai, kucar-kacir, riuh-rendah, simpang-siur

Kata adjektif majmuk

hijau daun, biru laut, kuning langsat, merah jambu, terang hati, rabun jauh


*Kredit Video 

Cikgu Zuras : https://www.youtube.com/watch?v=luRrF3Zql9U

1 comments:

Post a Comment