Video Pembelajaran
KATA KERJA
1. Kata kerja ialah sesuatu perkataan yang
menunjukkan perbuatan manusia dan haiwan.
2. Kata kerja terbahagi kepada dua, iaitu :
a.
Kata Kerja Transitif
b. Kata Kerja Tak Transitif
Kata Kerja Transitif
1. Kata kerja transitif terdiri daripada tiga
unsur, iaitu pelaku, perbuatan, dan objek.
2. Pelaku terdiri daripada frasa nama manakala
perbuatan ialah kata kerja dan objek pula ialah frasa nama.
Pelaku |
Perbuatan |
Objek |
Samsiah |
memasak |
nasi. |
Ibu |
membasuh |
pinggan. |
Pengetua |
Menyampaikan |
ucapan. |
3. Ayat yang mengandungi kata kerja transitif dapat dipasifkan dengan mengedepankan objek.
Kata Kerja Tak
Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja
yang tidak memerlukan penyambut selepas kata kerja itu. Walau bagaimanapun, kata
ini boleh disertakan unsur keterangan.
2. Kata kerja ini dapat berdiri sendiri. Lihat
contoh di bawah ini :
Pelaku |
Perbuatan |
Unsur Keterangan |
Adik |
menangis. |
|
Air sungai |
mengalir |
deras. |
Dia |
membisu |
sejak tadi. |
a.
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
b.
Kata kerja tak transitif berpelengkap
4. Kata kerja tak transitif tak berpelengkap dapat berdiri sendiri dan tidak memerlukan objek sebagai pelengkap. Kebiasaannya, kata kerja berada di hujung ayat. Contohnya :
a.
Bangunan itu roboh.
b.
Adik terjatuh.
c.
Jalur Gemilang berkibar.
5. Kata kerja tak transitif
berpelengkap memerlukan pelengkap supaya ayat menjadi sempurna. Contohnya :
a.
Air sungai beransur surut.
b.
Restoran berkonsepkan layan diri.
c.
Kehidupannya menjadi semakin senang.
Kata Kerja Pasif
1. Kata kerja pasif terbentuk daripada kata kerja transitif
yang mengalami proses pemasifan, iaitu mengedepankan objek dan mengebelakangkan
kata kerja dan pelaku.
2. Terdapat dua bentuk kata kerja pasif, iaitu:
a. Kata kerja pasif diri pertama serta kata kerja pasif diri kedua
b. Kata kerja pasif diri ketiga
*Kredit Video :
Amirah Afiqah : https://www.youtube.com/watch?v=rH4x7vpgSwE
0 comments:
Post a Comment