Video Pembelajaran
NOTA
Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.
Predikat merupakan kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.
Contoh ayat;
- Petani itu membajak sawahnya setiap hari.
Subjek : Petani itu
Predikat : membajak sawahnya setiap hari
- Samsul menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.
Subjek : Samsul
Predikat : menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.
- Anak Pak Hashim yang tampan itu menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar.
Subjek : Anak Pak Hashim yang tampan itu
Predikat : menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar.
- Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok.
Subjek : Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul
Predikat : terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok
(Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka)
8 comments:
Terima kasih
Tq
tqtq
THANKYOUUU BARU TAHUU SUBJEK AND PREDIKAT
Tq daripada anak murid Cikgu Fahdeli
sama-sama.. semoga dapat manfaat
Terima kasih
Bagus!!!!!!!!!!!!??!!
Post a Comment