T
ASPEK-ASPEK PENTING TENTANG KARANGAN:
1. RANGKA KARANGAN:
PENDAHULUAN : 1 Perenggan : 30 Perkataan
ISI : 4 Isi : 4 Perenggan : 4X30 : 120 Perkataan
PENUTUP : 1 Perenggan : 30 Perkataan
2. BENTUK PERENGGAN:
JENIS AYAT | PENDAHULUAN | ISI | PENUTUP |
Ayat Topik | Tema | Kehendak Soalan 1 / 2/ 3 / 4 | Merumus Kehendak Soalan |
Ayat Huraian | Huraian Tema | Huraian Kehendak Soalan | Ulasan Tema |
Ayat Contoh | Bukti Huraian Tema | Bukti Kehendak Soalan | Cadangan |
Ayat Rumus | Kehendak Soalan | Menegaskan Kehendak Soalan | Harapan |
3. ASPEK SOALAN:
a. Punca: Faktor / Sebab / Apa / Mengapa
b. Langkah Mengatasi: Cara / Strategi / Teknik / Bagaimana / Usaha
c. Kesan: Impak / implikasi / Kebaikan / Kepentingan / Kelebihan /Keburukan
1. Teknik Menganalisis Soalan Karangan:
1.1 Baca ketiga-tiga soalan dengan teliti, kemudian pilih satu soalan.
1.2 Baca soalan yang dipilih dengan teliti. Kemudian gariskan kata-kata kunci:
Tema (T) / Kehendak Soalan (KS) / Format Karangan (F) /Kepanjangan Karangan (P)
Contoh:
Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja semakin meluas.
Huraikan kesan buruk penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja.
Tema : PenggunaanTelefon Bimbit
Kehendak soalan : Kesan buruk Penggunaan
Format Karangan : Karangan Fakta
Teknik Menulis Perenggan Pendahuluan.
Ayat Topik | Penggunaan internet sangat meluas secara global |
Ayat Huraian | Fungsinya semakin hari semakin canggih |
Ayat Contoh | melayari internet, mendengar muzik,kamera |
Ayat Rumus | Namun turut memberi kesan buruk |
Pada zaman digital ini, penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Telefon bimbit bukan lagi sebagai alat perhubungan malah mempunyai pelbagai fungsi yang semakin hari semakin canggih. Antaranya, kita boleh melayari internet, mendengar muzik,kamera dan sebagainya. Hal ini banyak membawa kebaikan kepada masyarakat zaman sekarang. Walau bagaimanapun, penggunaan telefon bimbit secara tidak terkawal khusunya dalam kalangan remaja pasti akan memberi kesan yang buruk.
0 comments:
Post a Comment