Kupasan
sajak:
Dalam Persekitaran Kata-kata (Baha Zain)
Rangkap |
Maksud |
1 |
Tuhan
menjadikan bahasa untuk manusia, disertai akal. |
2 |
Tuhan
menjadikan orang Melayu dengan warna kulitnya sawo matang. Bangsa ini menjadi
pengembara di lautan, mengembara jauh ke pulau-pulau dan pantai-pantai. |
3 |
Setiap
yang ditemui dalam pengembaraan ialah ilmu, iaitu setiap benda disertai
perkataan yang menerangkan benda itu. Perkataan-perkataan yang sering disebut
oleh manusia ialah langit, bumi, laut, gunung, awan, hujan, dan pohon.
Manusia mendapat manfaat daripada kesemua ciptaan Allah dan manusia hendaklah
beriman. Manusia berpeluang untuk menambahkan ilmu dan meningkatkan keimanan
melalui pembacaan kitab-kitab yang dikarang pada masa silam. Kitab-kitab
tersebut memuatkan ilmu-ilmu agama. |
4 |
Bahasa
ialah alat untuk manusia menambahkan ilmu. Dengan ilmu, manusia dapat
memahami kewujudan alam semesta. |
Tema
Manusia dan alam ialah ciptaan Allah.
Persoalan
(a) Bahasa ialah anugerah Tuhan yang penting untuk
manusia.
(b) Sesuatu ilmu yang dipelajari bersesuaian
mengikut tempat dan suasana.
(c) Bangsa Melayu pada masa lalu merupakan bangsa
pelayar.
(d) Ilmu akan diperoleh dengan banyak membaca.
Bentuk dan Ciri-ciri Sajak
(a) Terdiri daripada empat rangkap.
(b) Rangkap pertama dan rangkap kedua mempunyai
lima baris, rangkap ketiga mempunyai sembilan baris, dan rangkap keempat
mempunyai tiga baris.
(c) Bilangan katanya dua hingga empat patah kata
sebaris.
(d) Terdiri daripada lapan hingga tiga belas suku
kata sebaris.
(e) Bentuknya bebas.
Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Bahasa Arab. Contohnya, istilah.
(b) Bahasa klasik. Contohnya, samudera.
(c) Unsur alam. Contohnya, samudera; pulau-pulau;
pantai-pantai; langit; bumi; laut; gunung; awan; pohon; buah-buahan; alam.
(d) Anafora. Contohnya, kata dari pada rangkap
pertama baris 4 dan 5.
(e) Repetisi. Contohnya, frasa kata-kata diulang
pada rangkap pertama baris 1; rangkap ketiga baris 1; rangkap keempat baris 1.
(f) Asonansi. Contohnya, Kami pindahkan makna
(perulangan vokal a).
(g) Aliterasi. Contohnya, Engkau beri kami kata-kata
(perulangan konsonan k).
(h) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah ialah aaabc,
rima akhir bagi rangkap kedua
ialah abccd,
rima akhir bagi rangkap
ketiga ialah abcaaadda,
dan rima akhir bagi rangkap
keempat ialah aba.
Nada
Keagamaan.
Nilai
(a) Kesedaran.
(b) Keberanian.
(c) Kebanggaan.
(d) Kerajinan.
Pengajaran
(a) Kita hendaklah mempelajari bahasa dengan
sungguh-sungguh.
(b) Kita hendaklah berani ke tempat yang jauh
untuk mencari ilmu dan rezeki.
(c) Kita hendaklah memikirkan dan menghayati
ciptaan Allah.
(d) Kita mestilah mempelajari ilmu daripada
kita-kitab agama.
(e) Kita diseru supaya rajin berusaha mendapatkan
pengalaman untuk hidup yang bermakna.
*Kredit video : https://www.youtube.com/watch?v=T8waY1iYr7k
0 comments:
Post a Comment