KITA UMPAMA SEHELAI DAUN



Sajak Kita Umpama Sehelai Daun



Video Sajak

MAKSUD SAJAK


Rangkap
Maksud
1
Kehidupan manusia di muka bumi ini boleh diibaratkan sebagai sehelai daun. Apabila manusia dilahirkan , membesar dan menjadi dewasa, seharusnya mereka telah mampu menyumbangkan jasa untuk menerangi  kehidupan insan lain agar keluar dari belenggu penderitaan.
2
Jika kita gagal menjadi manusia yang tahu membuat jasa, maka tiadalah ruang dan peluang bagi mereka yang hidup dalam kepayahan untuk bergantung harap.
3
Kehidupan manusia ibarat sehelai daun yang akan menjadi tua dan mati. Maka janganlah kita terlalu sombong dan bangga diri dengan kelebihan yang dimiliki sehingga melupakan kesusahan hidup orang lain yang bergantung harap kepada kita.
4
Jadikanlah hidup kita seperti sehelai daun, sewaktu hidup menyumbang jasa. Malah setelah matipun, banyak jasa dan bakti kita masih dapat dimanfaatkan oleh orang lain.



TEMA
Mengamalkan sikap yang baik dalam kehidupan.


PERSOALAN
  1. Senantiasa memberi sumbangan dan kebaikan kepada masyarakat.
  2. Tidak kedekut dan malas untuk membantu orang lain. Hal ini akan  menyebabkan hubungan dengan masyarakat akan menjadi renggang.
  3. Sikap angkuh dan mementingkan diri sendiri akan menyusahkan orang lain.

BENTUK
  1. Bebas
  2. Terdapat empat rangkap
  3. Rima akhir :
·         Rangkap 1 terdapat 5 baris.  Rima akhir (ababc)
·         Rangkap 2 terdapat 4 baris.  Rima akhir (abcd)
·         Rangkap 3 terdapat 5 baris.  Rima akhir (abcbd)
·         Rangkap 4 terdapat 3 baris.  Rima akhir (abb)


GAYA BAHASA

    • Simile

Contoh :  kita umpama sehelai dau


  •  Personifikasi
Contoh :  tempat bercanda unggas meriang


UNSUR BUNYI


  • Asonansi  (pengulangan vokal a)
Contoh :  andai kikir jasa dan bakti


  • Aliterasi (pengulangan konsonan m)
Contoh :  hijau menunas menyegar mata


NILAI
  1. Bertanggungjawab
  2. Prihatin
  3. Kesederhanaan
  4. Bersyukur


PENGAJARAN
  1. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap kepentingan masyarakat
  2. Kita mestilah prihatin terhadap golongan yang memerlukan
  3. Kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap yang sederhana
  4. Kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Tuhan

*kredit Video
Cik Ainpipitembam : https://www.youtube.com/watch?v=Y_xTyO4mNtc


12 comments:

Dhiya Dinie Athirah
Kelas 1.4

Nur Hayati binti Abdullah
Kelas 1.4

Nurul Syafika Binti Nordin
Kelas 1.4

Nor Farahliana
Kelas 1.4

Mohamad hafiz haiqal bin abdullah

Muhammad Azriansyah Bin Uddin

Terima kasih banyak sebab kan kamu saya dapat A dalam BAHASA MELAYU

Post a Comment