Kupasan
Sajak
Kucari
Damai di Sini (A. Hamid Jemain)
Rangkap |
Maksud |
1 |
Penyajak
menyatakan bahawa dia mencari kedamaian di negaranya yang makmur dan merdeka.
Kemerdekaan tersebut dianggap berada antara kenyataan dan impian. Hal ini
dikatakan demikian kerana wujudnya perasaan ketidakpuasan hati antara rakyat.
Namun demikian, penyajak menyatakan bahawa perasaan negatif itu perlu diubati
dengan bersangka baik, iaitu dengan menjadikan sejarah persaudaraan untuk
membina rasa kemanusiaan. |
2 |
Penyajak
menyatakan bahawa kedamaian juga dicari dengan rasa kasih sayang dan dengan
keperibadian mulia rakyat Malaysia. Perasaan kasih-mengasihi yang tulen perlu
disemaikan dalam sanubari. |
3 |
Penyajak
menyatakan bahawa walaupun negara kita ada masalah, tetapi kita masih boleh
berdamai dan hidup dengan aman di negara ini. Penyajak berharap agar kemerdekaan
yang dicapai akan berkekalan. Segala masalah perlulah diatasi dengan
bijak supaya kejayaan yang tercipta menjadi kebanggaan generasi akan datang. |
Tema
Penghargaan terhadap kedamaian dan kesejahteraan
negara.
Persoalan
(a) Kedamaian hendaklah diusahakan kerana
kedamaian tidak akan datang dengan sendirinya.
(b) Negara kita ialah negara yang aman dan makmur.
(c) Kemerdekaan hendaklah diperjuangkan agar beroleh
kemajuan.
(d) Kedamaian akan wujud dengan adanya nilai kasih
sayang.
(e) Harapan agar kemerdekaan negara kita akan
menjadi kebanggaan generasi akan datang.
Bentuk dan Ciri-ciri Sajak
(a) Terdiri daripada tiga rangkap.
(b) Rangkap pertama mempunyai enam baris, rangkap
kedua mempunyai lima baris, dan rangkap ketiga mempunyai empat baris.
(c) Bilangan katanya tiga hingga lapan patah kata
sebaris.
(d) Terdiri daripada enam hingga lapan belas suku
kata sebaris.
(e) Bentuknya bebas.
Unsur Gaya Bahasa
(a) Paradoks. Contohnya, antara realiti dan mimpi.
(b) Hiperbola. Contohnya, membebat perasaan
kehidupan.
(c) Metafora. Contohnya, laman sukma.
(d) Repetisi. Contohnya, (perulangan frasa Kucari
damai di sini dalam rangkap 1, baris 1 dan rangkap 2, baris 1).
(e) Asonansi. Contohnya, dengan sejarah persaudaraan
(perulangan vokal a).
(f) Aliterasi. Contohnya, Kucari damai di sini
(perulangan konsonan d).
(g) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abaccc dan rima akhir bagi rangkap kedua aabca, dan rima akhir bagi rangkap ketiga abbb.
Nada
Patriotik.
Nilai
(a) Kesyukuran.
(b) Hormat-menghormati.
(c) Patriotisme.
(d) Keinsafan.
Pengajaran
(a) Kita mestilah berusaha mendapatkan dan
mengekalkan kedamaian.
(b) Kita hendaklah menghargai kemerdekaan negara.
(c) Kita hendaklah memastikan kedamaian negara
terus berkekalan.
(d) Kita hendaklah menyelesaikan sebarang krisis
dengan bijaksana.
(e) Kita perlulah menjaga negara kita dengan baik
untuk diwariskan kepada generasi akan datang.
0 comments:
Post a Comment