KUNCI BAHASA



Kunci Bahasa
(Abdul Hadi Yusof)

MAKSUD SAJAK
Rangkap
Maksud
1
Penyajak menegaskan bahawa bahasa yang bermaruah digambarkan oleh penutur yang berbicara dan bertutur dengan bahasa yang betul dan penuh kesantunan.
2
Bahasa yang maju sentiasa mengalami perubahan yang dinamik dan bersistematik walaupun berlaku perubahan masa.
3
Sejak dahulu lagi, susunan bahasa dibuat begitu sistematik sehingga tidak timbul sebarang kekeliruan.
4
Penggunaan bahasa yang bersusila menjadi pengikat hubungan sesama insan.
5
Bahasa digunakan untuk berkomunikasi
6
Bahasa didapati begitu indah apabila lahir daripada ungkapan-ungkapan dan susunan kata  serta bahasa yang puitis.


TEMA
Bahasa dan peranannya dalam masyarakat.  Bahasa penuh dengan keindahan dan digunakan untuk berkomunikasi


PERSOALAN
  1. Bahasa yang bermaruah.  Bahasa perlu digunakan sebaiknya bagi mengelakkan orang lain terguris hatinya.
  2. Bahasa akan terus berkembang jika digunakan berterusan oleh masyarakat dan tidak akan hilang ditelan zaman.
  3. Bahasa klasik atau tradisional tidak akan luntur dan sering digunakan untuk menyampaikan nasihat, kiasan dan sebagai alat komunikasi.
  4. Bahasa membuka jalan kepada ikatan silaturahim yang baik jika digunakan secara berhemah.

BENTUK
  1. Terikat
  2. Terdapat enam rangkap
  3. Semua rangkap mempunyai dua baris dan rimanya aa.

GAYA BAHASA
  1. Pengulangan kata
Contoh:  bahasa dan tidak
  1. Bahasa Arab
Contoh:  ukhwah dan ummah
  1. Metafora
Contoh:  jambatan ukhwah
  1. Asonansi - pengulangan vokal i
                Contoh :  tidak berbilur bahasa di lidah
  1. Aliterasi - pengulangan konsonan b
                Contoh :  bahasa berbuah


NILAI

  • Bersopan santun
Contoh: bahasa bermaruah/bahasa berbudi.
  • Pemurah
Contoh: tidak lokek pada ummah


PENGAJARAN
  • Kita hendaklah bersopan santun semasa berkata-kata agar tidak mengguris hati orang lain.
Contoh:  Bahasa bermaruah
               tidak berbilur bahasa di lidah
  • Kita hendaklah memelihara bahasa agar tidak hilang ditelan zaman.
Contoh:  Bahasa bersejarah
               tidak luput bahasa bertingkah

0 comments:

Post a Comment