Kupasan Sajak:
Pada Sekuntum Mawar (Mahwa Mohamed)
Rangkap |
Maksud |
1 |
Penyajak
mengumpamakan bunga mawar sebagai gadis. Jika maruah seorang gadis tercemar,
maka ibunya akan berasa amat sedih dalam menghadapi hari tua. |
2 |
Jika
maruah anak gadisnya tercemar, maka ibu akan berasa segala-galanya telah
musnah. Dia berasa hidupnya sia-sia atau tidak bemakna lagi. Dia juga berasa
segala-galanya telah musnah, dan tidak ada lagi jalan untuk memperbaik
keadaan tersebut. |
3 |
Penyajak
berpesan agar gadis-gadis tidak membiarkan maruah mereka tercemar dalam
menghadapi kehidupan yang serba mencabar ini tetapi sebaliknya hendaklah
menjaga diri supaya menjadi gadis yang beriman dan dihormati masyarakat. |
Tema
Anak gadis mestilah menjaga martabat atau maruah mereka
sebagai gadis.
Persoalan
(a) Ibu akan berasa sedih jika maruah anak
gadisnya tercemar.
(b) Kesedihan menyebabkan seseorang ibu akan
merasakan hidupnya sudah tidak bermakna lagi.
(c) Kehilangan maruah seorang gadis merupakan
satu kemusnahan yang tidak sanggup diterima oleh seseorang ibu.
(d) Seorang gadis hendaklah menjaga diri dengan
memiliki pegangan agama yang kukuh, iaitu sebagai gadis yang beriman.
Bentuk dan Ciri-ciri Sajak
(a) Terdiri daripada tiga rangkap.
(b) Rangkap pertama mempunyai tiga baris,
rangkap kedua mempunyai enam baris, dan rangkap ketiga mempunyai lima baris.
(c) Bilangan katanya dua hingga enam patah kata
sebaris.
(d) Terdiri daripada lima hingga empat belas
suku kata sebaris.
(e) Bentuknya bebas.
Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Metafora. Contohnya, lipatan usia; pintu
kehidupan.
(b) Imej alam. Contohnya, malam; angin; laut;
ombak; mawar; lembah.
(c) Simile. Contohnya, seperti telah menutup.
(d) Sinkope. Contohnya, tak.
(e) Asonansi. Contohnya, bukan melontar
harum indahmu
(perulangan vokal u)
(f) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abb,
rima akhir bagi rangkap kedua abcdee, dan rima akhir bagi rangkap
ketiga abcbd.
Nada
Melankolik.
Nilai
(a) Hemah tinggi.
(b) Kasih sayang.
(c) Waspada.
(d) Kesedaran.
(e) Rasional.
(f) Keimanan.
Pengajaran
(a) Kita hendaklah menjaga maruah diri dengan baik
agar tidak tercemar.
(b) Kita hendaklah menjaga hati ibu agar ibu tidak
menderita.
(c) Kita hendaklah mengelakkan diri daripada
terlibat dalam masalah sosial.
(d) Kita mestilah mengukuhkan iman dalam diri
supaya maruah diri akan terjaga.
0 comments:
Post a Comment