Kupasan Puisi
Tradisional:
Pantun
Alam Remaja
Rangkap |
Maksud |
1 |
Anak-anak
akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut kepulangan ibu ke rumah. |
2 |
Ketakutan
dan kerisauan anak-anak sewaktu ketiadaan ibu akan hilang apabila melihat ibu
pulang ke rumah. |
3 |
Anak-anak
akan berasa sangat gembira jika ibu cepat pulang ke rumah. |
4 |
Adik-beradik
menyanyikan sebarang lagu bersama-sama. |
5 |
Kepulangan
ayah dan ibu ke rumah merupakan detik yang paling
menggembirakan anak-anak. |
6 |
Pemberian
atau hadiah daripada ibu bapa membuatkan anak-anak
berasa gembira. |
7 |
Ibu
bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak yang gemar berpantun kerana
anak-anak yang masih kecil biasanya manja. |
Tema
Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa
mereka ke rumah.
Persoalan
(a) Tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan kasih
sayang dan kebahagiaan kepada anak-anak.
(b) Pemberian hadiah dapat menggembirakan hati
seseorang.
(c) Anak-anak sentiasa cemas dan risau sewaktu
ketiadaan ibu bapa di rumah.
Bentuk dan Ciri-ciri Pantun
(a) Terdiri daripada tujuh rangkap.
(b) Berisi empat baris setiap rangkap.
(c) Ada pembayang dan maksudnya.
(d) Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata
sebaris.
(e) Terdiri daripada sembilan hingga sepuluh suku
kata sebaris.
(f) Bentuknya terikat.
Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Imej alam. Contohnya, itik; kumpai; ayam
kinantan; ranting; rumput.
(b) Peribahasa. Contohnya, besar hati.
(c) Inversi. Contohnya, Elok rupanya kumbang jati;
Sebarang tari kita tarikan; Sebarang nyanyi kita nyanyikan.
(d) Asonansi. Contohnya, Tidak terkatakan besar
hati
(perulangan vokal a).
(e) Aliterasi. Contohnya, Hanyut batang berlilit
kumpai
(perulangan konsonan b).
(f) Rima akhirnya sama, iaitu abab kecuali rangkap
kedua rima akhirnya aaaa.
Nilai
(a) Kasih sayang.
(b) Tanggungjawab.
(c) Baik hati.
(d) Hormat-menghormati.
Pengajaran
(a) Kita mestilah menyayangi anak-anak.
(b) Kita mestilah bertanggungjawab terhadap
keselamatan anak-anak.
(c) Kita haruslah bersikap pemurah untuk
mengukuhkan ikatan antara anggota keluarga.
(d) Kita haruslah menghormati ibu bapa.
2 comments:
Terima kasih cikgu-mohan dihalalkan ilmu-semoga cikgu murah rezeki selalu
Amin.. Terima kasih..
Post a Comment