Pantun Dua Kerat Nasihat (Tingkatan 1)

VIDEO PEMBELAJARAN 




Berapa jauh wujud dengan sifat,
Sejauh lutut dengan pelipat.

Sarang semut dalam gelap,
Orang selimut selalu lelap.

Hitam-hitam pucuk kawa,
Sungguh hitam dipandang lawa.

Emas , perak tembaga suasa,
Malas bergerak tidak merasa.

Buah sintang buah senikul,
Satu memegang satu memikul.

MAKSUD RANGKAP PANTUN
Rangkap 1
Setiap perbuatan dan tindakan yang dilakukan berkait rapat dengan sifat seseorang itu sendiri.

Rangkap 2
Orang yang asyik berselimut akan menjadi orang yang kuat tidur.

Rangkap3
Walaupun diri seseorang itu mempunyai kekurangan, dia tetap mempunyai keistimewaan atau kelebihan tersendiri.

Rangkap 4
Seseorang yang tidak mahu berusaha atau berikhtiar akan gagal.

Rangkap 5
Kesungguhan dan kecekalan dalam melakukan pelbagai tugas atau kerjaya.


Tema
Nasihat yang dapat membina diri seseorang ke arah kebaikan.

Persoalan
  1. Sifat manusia itu akan terserlah pada setiap tingkah lakunya.
  2. Orang yang kuat tidur tidak aktif dan tidak produktif.
  3. Kekurangan diri bukan penghalang untuk berjaya dan menyumbang sesuatu yang berfaedah.

 Bentuk
  1. Pantun dua kerat - bentuk terikat.
  2. Mempunyai lima rangkap.
  3. Setiap rangkap mempunyai dua baris.
  4. Baris pertama ialah pembayang manakala baris kedua ialah maksud.
  5. Terdiri daripada lapan hingga sebelas suku kata.
  6. Terdiri daripada tiga hingga lima patah perkataan dalam sebaris.
  7. Rima akhirnya  aa.

Unsur Bunyi

Asonansi
Pengulangan vokal u
  • Buah sintang buah senikul

Pengulangan vokal a
  • Berapa jauh wujud dengan sifat
  • Sarang semut dalam gelap
  • Emas, perak, tembaga suasa

Aliterasi
Pengulangan konsonan m
  • Satu memegang satu memikul

Pengulangan konsonan t
  • Sejauh lutut dengan pelipat

Gaya Bahasa

Imej Alam:
buah sintang, buah senikul, emas, perak, tembaga, suasa

Repitisi:

Buah sintang buah senikul,
Satu memegang satu memikul.

Responsi
Hitam-hitam pucuk kawa,
Sungguh hitam dipandang lawa.

  
 Nilai
  1. Berhati- hati
  2. Kerajinan
  3. Keredaan
  4. Kesungguhan
  5. Kecekalan

Pengajaran
  1. Kita harus berhati-hati dalam setiap perbuatan dan tindakan kita.
  2. Kita harus mengelakkan diri daripada banyak tidur.
  3. Kita janganlah kecewa akan kekurangan diri.
  4. Kita hendaklah rajin berusaha demi mencapai kejayaan.
  5. kita hendaklah memiliki daya usaha yang tinggi.

*Kredit Video :-


















48 comments:

Terima kasih cikgu karim. Ini sangat membantu saya dalam membuat kerja rumah saya.

Goodddddddddddddddddddddddddd

Terima kasih cikgu😆

Terima kasih cikgu😆

Terima kasih cikgu😆

Terima kasih informasi yang bagus👏

terima kasih informasi yang bagus cikgu karim 😸

Terima kasih cgu disebabkan cgu lah sy dpt jawab soalan dengan lebih yakin.

Apa maksud pelipat dan memikul?

Tq cg senang st nk buat homework sgt membantu 😁

Terima kasih cikgu karim

Tqqqqqq sangat cikgu.........
. Di sebab kan cikgu saya blh baut

thank you sooo muchhh its really helped me

Thank you very much for your answer

Thank you very much for your answer

Thank you very much for your answer

Thank you very much for your answer

Terima kasih sangat membantu untuk hw harini

Thanks 👍👍👍

Sama-sama.. Terima kasih juga semua yang mengunjungi laman blog ini..😊

Terima kasih cikgu ini memudahkan saya #terimakasih

terima kasih cikgu Karim ianya sangat membantu

��������������������������������������Terima kasih cikgu karim

Tq ckg kerana membantu sya....

Thank you teacher. I have exam tomorrow so this information will help to me to get good marks in bm exam. Thanks alot teacher for help me.������

SHARVINDRAN A/L GANGGESWARAN :

Sama-sama.. T.Kasih

Tq,for the amazing notes

Uh thank you but I don't know which nota to write

𝑀𝑎𝑘𝑠𝑢𝑑 𝑝𝑒𝑙𝑖𝑝𝑎𝑡 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑚𝑖𝑘𝑢𝑙 ?

tq cg kerana info cg yg bgi ni sngat membantu ketika saya membuat kerja sakolah

Sama2.. Terima kasih semua :-)

Post a Comment