Kupasan Pusi Tradisional:
Pantun
Kiasan
Rangkap |
Maksud |
1 |
Perbuatan
membazir merupakan amalan yang merugikan. |
2 |
Orang
yang merantau selalunya akan merendah diri apabila berada di tempat orang. |
3 |
Sebelum
menginginkan sesuatu yang mustahil, ketahuilah tahap kemampuan dan kebolehan
diri kita lebih dahulu. |
4 |
Jangan
mengharapkan sesuatu yang belum pasti. |
5 |
Sikap
seseorang yang sombong akan kebolehan diri serta memandang rendah terhadap
orang lain. |
6 |
Jangan
suka membesar-besarkan kejayaan yang tidak seberapa. |
7 |
Pendirian
manusia sering berubah-ubah. |
8 |
Perasaan
marah akan segera hilang dengan adanya nilai kesabaran dalam diri. |
9 |
Orang
yang merantau akhirnya akan kembali ke tempat asalnya semula. |
10 |
Setiap
perkara yang berlaku dan diperkatakan orang tentu ada sebabnya. |
11 |
Menginginkan
sesuatu yang besar tetapi tidak mempunyai keupayaan. |
12 |
Jika
pengetahuan hanya sedikit, janganlah hendak melawan orang yang lebih banyak
pengetahuannya. |
13 |
Sudah
bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. |
14 |
Sedangkan
waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; sedangkan waktu makmur tidak
senang, apatah lagi waktu susah. |
15 |
Seseorang
yang inginkan sesuatu di luar kemampuannya. |
16 |
Orang
yang melakukan dosa tetapi sudah terlambat untuk bertaubat. |
17 |
Orang
yang mempunyai paras rupa yang elok tetapi tidak berbudi bahasa. |
Tema
Sindiran terhadap segelintir anggota masyarakat
yang mengamalkan sikap negatif sehingga menjejaskan kehidupan sendiri dan orang
lain.
Persoalan
(a) Sikap membazir sangat tidak digalakkan dalam
kalangan masyarakat.
(b) Sikap rendah diri dalam kalangan perantau
apabila berada di tempat orang.
(c) Sifat segelintir manusia yang mengharapkan
sesuatu di luar kemampuan diri.
(d) Sifat sombong dan bangga diri akan membawa
kecelakaan kepada diri sendiri.
(e) Sifat sabar dan pemaaf akan dapat melenyapkan
kemarahan.
(f) Sifat malas yang bermula sejak kecil akan
sukar diubah apabila sudah dewasa.
(g) Paras rupa yang elok tidak berharga jika tidak
berbudi bahasa.
Bentuk dan Ciri-ciri Pantun
(a) Terdiri daripada tujuh belas rangkap.
(b) Berisi empat baris setiap rangkap.
(c) Ada pembayang dan maksudnya.
(d) Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata
sebaris.
(e) Terdiri daripada lapan hingga sebelas suku
kata sebaris.
(f) Bentuknya terikat.
Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Imej alam. Contohnya, ikan; buah bacang;
burung dekut; gelam; kenanga; kumbang; bunga; gunung; pokok terap; bukit;
guruh; langit; kilat; hujan; bayam; sayur; sungai.
(b) Peribahasa. Contohnya, jangan diikut resmi
ayam, bertelur sebiji riuh sekampung; masakan tempua bersarang rendah; kalau
kail panjang sejengkal, usah lautan hendak diduga;
(c) Repitasi. Contohnya, Tikar pucuk tikar
mengkuang.
(d) Simile. Contohnya, Macam melukut di tepi
gantang; Laksana gadis Menteri Bogor; Sungguh laksana bunga dedap.
(e) Personifikasi. Contohnya, nyawa menangis di
pintu kubur.
(f) Asonansi. Contohnya, Sangkut terendak dekat
beranda
(perulangan vokal e)
(g) Aliterasi. Contohnya, Hajat hati nak peluk
gunung
(perulangan konsonan h).
(h) Rima akhirnya sama, iaitu abab.
Nilai
(a) Jimat cermat.
(b) Rendah diri.
(c) Rasional.
(d) Keberanian.
(e) Kesabaran
(f) Kerajinan
(g) Budi bahasa
(h) Keinsafan
Pengajaran
(a) Kita hendaklah mengelakkan diri daripada
melakukan pembaziran.
(b) Kita perlulah merendah diri apabila berada di
tempat orang.
(c) Kita janganlah terlalu mengharapkan perkara
yang belum pasti menjadi milik kita.
(d) Kita mestilah banyak bersabar untuk
melenyapkan kemarahan dalam diri.
(e) Kita perlulah menghindarkan diri daripada
bersikap malas sejak kecil lagi.
0 comments:
Post a Comment