Pengajaran (Novel Sejambak Bakti)


PENGAJARAN 

1. Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang

Contohnya dapat dilihat menerusi sikap penyayang Razali terhadap ibunya apabila dia segera memeluk Mak Sopiah ketika ibunya itu menangis setelah didesak menceritakan tentang ayahnya.

 

2. Kita mestilah mengamalkan sikap bekerjasama ketika melakukan sesuatu pekerjaan

Contohnya Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah bersama-sama mengemas dan mencantikkan kedai koperasi untuk memastikan kedai koperasi mereka berjaya meraih kejuaraan dalam pertandingan koperasi terbaik peringkat kebangsaan.

 

 

3. Kita haruslah bantu-membantu antara satu sama lain.

Contohnya Razali tidak berdendam terhadap Munir, walaupun Munir telah menfitnahnya menceroboh kedai koperasi, sebaliknya dia sanggup membantu Munir meningkatkan prestasi dalam pelajaran sepanjang Munir digantung persekolahan selama seminggu.


4. Kita hendaklah bersikap rasional dalam bertindak

Contohnya pihak sekolah tidak menuduh mana-mana pihak yang menceroboh kedai koperasi sekolah, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan seterusnya membuat pemeriksaan mengejut untuk mengetahui pelaku penceroboh yang sebenarnya.

4 comments:

Novel ini sememangnya mempunyai banyak pengajaran untuk diteladani

Bantu-membantu adalah amalan yang baik

Memberi contoh tauladan yang baik kepada Kita Dan mempunyai banyak pengajaran yang baik. Terima kasih.

Post a Comment