Syair Pohon Buluh

Syair Pohon Buluh
Mohd. Yusof Md. Nor & Dr. Abd. Rahman Kaeh
Antologi Kuingin Berterima Kasih (Tingkatan 1)


Menara tinggi banyak bertingkat
Di sana tiada bilik bersekat
Tiada bertangga naik melekat
Mata-mata menjaga segenap pangkat

Yang ada sedia panji-panji bendera
Hingga sampai ke kemuncak menara
Banyak ada ia bersaudara
Yang ada pula bersama gara

Selalu dipandang dilihat adanya
Tinggi rendah dijerat pangkatnya
Besar kecil ikat binanya
Terlalu kuat pula asasnya

Ikatnya licin di luar di dalam
Gelapnya di dalam seperti malam
Air tak tiris seperti kolam
Ikat tingkatnya tak nampak alam



Rangkap 1
Pohon buluh digambarkan sebagai sebuah menara tinggi yang bertingkat-tingkat tetapi tidak mempunyai bilik dan tangga. Setiap pangkat (merujuk kepada ruas buluh) dikawal oleh mata-mata (merujuk kepada miang buluh). Secara realiti, rumpunan buluh menggambarkan masyarakat. Masyarakat dinasihatkan supaya hidup secara bermuafakat, saling menghormati antara satu sama lain.

Rangkap 2 
Daun-daun buluh yang kebanyakannya sama saiz diibaratkan sebagai kibaran bendera dari pangkal hingga ke puncak pokok. Menggambarkan kehidupan masyarakat berbilang kaum dalam satu tampuk pimpinan yang hidup aman, sentosa dan sejahtera.

Rangkap 3
Resmi pokok buluh, hidup berbatang-batang dalam satu rumpun tanpa mengira kekuatan atau saiz. (Menggambarkan kesatuan yang kuat/utuh). Masyarakat perlu hidup bersatu padu tanpa mengira kaum, pangkat, kedudukan atau status. Barulah boleh hidup dengan harmoni.

Rangkap 4
Menjelaskan lebih lanjut keadaan di bahagian dalam dan di luar buluh yang licin. Bahagian dalam batangnya gelap (umpama malam), boleh menakung air tanpa tumpah. Ini menggambarkan keadaan masyarakat yang bersatu padu dan hidup secara muafakat. Hubungan yang kukuh sesama anggota masyarakat menjadikan masyarakat tersebut satu unit yang kuat.

Tema
Kemegahan pohon buluh yang hidup dan bertumbuh dengan subur menggambarkan kepentingan hidup bersatu padu dalam masyarakat.

Persoalan
  1. Ciri fizikal pohon buluh, pokok yang tinggi dengan ruas-ruasnya yang banyak. Kepentingan hidup bermasyarakat di bawah satu tampuk pimpinan yang adil dan saksama.
  2. Kekuatan rumpun buluh lambang kesatuan antara pepohonnya. Sikap cinta akan negara dan bersemangat patriotik dalam kalangan masyarakat penting untuk membina masyarakat yang bersatu padu.
  3. Keindahan lambaian dedaun buluh umpama bendera-bendera yang berkibar megah. Kepentingan sikap saling menghormati dalam masyarakat yang berbilang kaum akan melahirkan masyarakat yang hidup harmoni.
  4. Keadaan di dalam dan luar batang buluh yang licin dan mampu menampung air. Perpaduan amat penting dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum.

Bentuk
  1. Mempunyai empat rangkap.
  2. Setiap rangkap mempunyai empat  baris.
  3. Setiap baris terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku kata.
  4.  Mempunyai empat hingga enam perkataan dalam sebaris.
  5.  Rima akhirnya  aaaa.

Gaya Bahasa
  • Asonansi
Pengulangan vokal a
Contoh: 
Mata-mata menjaga segenap pangkat
Yang ada sedia panji-panji bendera

Pengulangan vokal i
Contoh: 
Ikatnya licin di luar di dalam

  • Aliterasi
Pengulangan konsonan  g
Contoh: 
Menara tinggi banyak bertingkat

Pengulangan konsonan  t
Contoh: 
Tiada bertangga naik melekat
Tinggi rendah dijerat pangkatnya

  • Kata ganda - panji-panji, mata-mata
  • Imej alam - kolam,  alam
  • Inversi - banyak ada ia bersaudara
  • Simile - gelapnya di dalam seperti malam, air tak tiris seperti kolam
  • Sinkope - tak
  • Repetisi 
Yang ada sedia panji-panji bendera
Hingga sampai ke kemuncak menara
Banyak ada ia bersaudara
Yang ada pula bersama gara

    Nilai
    1. Perpaduan – Masyarakat yang berbilang kaum hanya boleh hidup aman dan harmoni seandainya mengamalkan nilai perpaduan. Apabila rakyat hidup bersatu padu, negara yang aman sejahtera akan terbina dengan kukuhnya.
    2. Saling memerlukan - Pohon-pohon buluh yang hidup dalam satu rumpun saling bergantungan antara satu sama lain, membentuk rumpunan yang kuat. Dalam hidup bermasyarakat, kita perlu saling menolong antara satu sama lain.
    3. Bermuafakat - Masyarakat wajar hidup bermuafakat dan bersatu padu tanpa mengira kaum, agama, pangkat dan kedudukan.
    4. Semangat patriotik/Cinta akan negara - Masyarakat yang bersemangat patriotik akan sentiasa hidup harmoni dan bersatu padu.

    Pengajaran
    1. Kita haruslah bersatu padu dalam kumpulan (termasuk komuniti/masyarakat) tanpa mengira pangkat, agama, darjat dan keturunan.
    2. Kita haruslah bekerjasama dalam kumpulan kerana kita hidup saling memerlukan dalam membentuk satu unit kumpulan yang kuat. 
    3. Kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan negara agar dapat hidup dengan aman dan harmoni.
    4. Kita hendaklah mengamalkan nilai perpaduan dan hidup bermuafakat.

    45 comments:

    Terima kasih cikgu.. memudahkan kami menulis nota

    This comment has been removed by a blog administrator.

    seton nirajim by cerah

    Responsi x de la dlm ni

    Terima kasih! Ini boleh membantu kami menyiapkan tugasan dengan lebih baik

    Cikgu ciri ciri syair ini apa

    Apa unsur gaya Bahasa bagi frasa Air tak tiris seperti kolam?

    用得著你謝!他爽可以嗎?

    Setiap baris mempunyai berapa

    Tq cikgu buat blog macam ni membantu murid untuk menyiapkan homework bm..

    Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Mohon izin daripada cikgu untuk saya menggunakan bahan-bahan yang cikgu kongsikan dalam laman cikgu ini.

    terima kasih cikgu, mohon izin saya gunakan bahan cikgu utk kemudahan anak tahfiz saya ya. saya mungkin akan mencetak bahan cikgu ini. mohon cikgu ya.

    Terima kasih cikgu...saya dah faham

    Memudahkan saya untuk membuat nota jugs☺️

    Terima kasih cikgu
    Sangat membantu saya buat kerja rumah

    Terima kasih cikgu memudah sya utk menulis nota

    Terima kasih cg...bagi kami menulis nota

    Terima kasih kepada semua yang menyokong.. Semoga kita semua memperoleh manfaat..

    To: mar ilham

    Waalaikumussalam.. dipersilakan.. saya izinkan. Terima kasih kerana mengunjungi laman blog saya.. :-)

    To : teacher nadhrah

    Ya sama2.. Semoga memberi manfaat kepada anak2 didik kita semua.. Terima kasih kerana mengunjungi laman blog saya..:-)

    terima kasih cikgu..nota ini sangat membantu dengan kerja sekolah saya👍

    Terima kasih ckg...boleh buat rujukan untuk exam next week...doakan kan sya ye🥰

    Post a Comment