Watak & Perwatakan (Novel Sejambak Bakti)

 WATAK UTAMA DAN PERWATAKAN


Watak Utama :  Razali
·         Anak kepada Mak Sopiah dan anak tiri kepada Pak Zakaria.
·         Sebagai penolong setiausaha lembaga pengarah Koperasi sekolah,
·         Remaja lelaki berusia 17 tahun

Perwatakan:
i. Seorang yang rajin
Contoh:
Sebagai pelajar, Razali sangat rajin dan belajar bersungguh-sungguh. Dia sering mengulang di pondok yang terletak di tengah sawah.
ii.  Seorang yang bertanggungjawab
Contoh:  
 Razali sentiasa menjalankan tugasnya sebagai ahli lembaga pengarah koperasinya dengan bertanggungjawab dan berusaha untuk memajukan koperasi sekolahnya.  

iii. seorang yang suka membantu orang lain.
 Contohnya
  • dia telah membantu Ramlah, Swee Lan, dan Saridevi dalam pelajaran.
  • Razali juga membantu Munir  yang ketinggalan dalam pelajarannya untuk menghadapi SPM


 WATAK SAMPINGAN


1. Munir
·         Munir berasal daripada keluarga yang berada.
·         Munir ialah salah seorang ahli lembaga pengarah koperasi sekolah.

Perwatakan
 .
i. Seorang yang tidak bertanggungjawab
Contoh:
Munir ialah ahli lembaga pengarah yang tidak bertanggungjawab. Contohnya dia sanggup ponteng dalam tugas di kedai koperasi sekolah dan bermain bola di padang.

ii.   seorang yang cemburu 
Contoh:
Munir cemburu apabila melihat Ramlah sering bersama dengan Razali. Dia sanggup memukul Razali di tengah jalan ke rumah. Dia juga membuat fitnah bahawa Razali telah mencerobohi kedai koperasi.


2. Mak Sopiah
·         Ibu kepada Razali dan isteri kepada Pak Zakaria.
·         Bekas isteri kepada Pak Ramli. Dia telah bercerai dengan Pak Ramli 16 tahun yang lalu, iaitu semasa Razali baru berumur satu tahun.

Perwatakan:
i.  seorang yang penyayang.
Contohnya :
Dia sangat sayang akan anaknya Razali.  Mak Sopiah sangat membela Razali malah mengikut Razali keluar dari rumah jika suaminya hendak menghalau Razali keluar dari rumah itu.

2.  seorang yang mesra.
Contohnya:
Mak Sopiah melayani kawan-kawan Razali dengan mesra dan menghidangkan minuman dan pisang goreng untuk mereka ketika mereka datang untuk belajar bersama-sama Razali.


3. Ramlah
·         Seorang gadis berusia 17 tahun
·         Bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
·         Kawan baik dan adik Rasali
·         Ahli lembaga pengarah koperasi

Perwatakan
i.   seorang gadis yang bersikap sopan dan lemah lembut
Contohnya :  Ramlah seorang gadis yang bersikap sopan dan lemah lembut. Keayuannya telah memikat hati Munir.

ii.   Seorang yang bertanggungjawab
Contohnya:
Sebagai ahli lembaga pengarah koperasi sekolah, Ramlah aktif menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab.





0 comments:

Post a Comment